Belajarlah bersungguh-sungguh agar kelak kau menjadi orang yang berguna.............

Minggu, 09 September 2012

PENDAHULUAN


 
1.1PENGENALAN

Bahasa merupakan alat yang penting yang digunakan oleh manusia untukberinteraksi sesama makhluk. Bahasa bukanlah fenomena semula jadi,sebaliknya ia merupakan sesuatu yang dipelajari untuk memenuhi kehendak dankeperluan individu. Proses menguasai kecekapan berbahasa melibatkan soal-soal luaran seperti latar belakang fikiran penutur, kebudayaan dan taraf sesuatubahasa itu sendiri dalam sesebuah negara.Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, salah satuusaha ke arah pembentukan identiti bangsa adalah melalui dasar bahasanya,iaitu bahasa Melayu yang menjadi Bahasa Kebangsaan Negara. Kedudukanbahasa Melayu hari ini jelas mencerminkan masyarakat penggunanya yangmengalami perkembangan pesat. Dalam proses pembangunan ini, saban harikita tidak sunyi daripada menemui segala macam benda baru, barang baru,fikiran baru, konsep baru, kereta baru, bangunan baru dan lain-lain lagi.Namun demikian, antara sedar atau tidak penutur-penutur BM di Malaysiakhasnya mempunyai kepelbagai bahasa, kepelbagaian bahasa ragam bahasayang dikenali sebagai
variasi bahasa
yang berhubungkait secara langsungdengan pembahagian geografi atau kawasan daerah. Makin besar jumlahpenuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pulaperbezaan yang wujud dari kepenggunaannya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar